Date: Jumaat, Disember 17, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Ts. WAN MOHAMED AZHARY BIN WAN MANSOR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 DISEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di JKR Pahang pada 1 Mac 1996. Beliau telah berkhidmat hampir 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1996-2005: Jurutera Awam (J3), Jabatan Kerja Raya Pahang
  2. Tahun 2005-2007: Kader (J44), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  3. Tahun 2007-2009: Pengurus Besar Pembinaan (J48), Projek LPT 2, Jabatan Kerja Raya
  4. Tahun 2009-2014: Ketua Penolong Pengarah Bangunan (J48), Jabatan Kerja Raya Kelantan, Bahagian Bangunan
  5. Tahun 2014-2016: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Projek ECER, Jabatan Kerja Raya
  6. Tahun 2016-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  7. Tahun 2017-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja raya Kelantan.
  8. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional ( P. Eng) BEM
  2. Teknologi Profesional (P. Tech) MBOT
  3. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (MIEM)

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Registered Projek Manager (RPM), JKR
  2. Certified Construction Project Manager (CCPM) CIDB

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Lemabaga Perolehan Kerja KPM              
  2. Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Kerja KPT
  3. Ahli Jawatankuasa JKPMK Cawangan Kerja Pendidikan

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penilai Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan ( CIDB)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Darjah Kebesaran  Ahli Setia Mahkota Kelantan (A.S.K) 2007
  2. Darjah Kebesaran Bentara Setia Mahkota Kelantan (B.S.K) 2012
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Malaysia 2010

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. Ts. WAN MOHAMED AZHARY BIN WAN MANSOR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"