Date: Khamis, November 30, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. ZAINAL ARSAD BIN MD AMIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 01 Ogos 1980 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia. Selama 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau ditempatkan di pelbagai penempatan antaranya JKR Jasin, JKR Gombak, JKR Selangor, JKR Mersing, Jabatan Keretapi, Kementerian Pertahanan dan JKR WP Putrajaya sebelum ditukarkan ke Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Tahun 2001 dan Pingat Pekerti Terpilih 1989, Selangor. Antara sumbangan beliau adalah;

  1. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Projek Institut Jurutera Malaysia
  2. Jurutera Profesional dengan sijil amalan
  3. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Anugerah Projek Terbaik JKR
  4. Pemenang Mentor Terbaik JKR 2014
  5. Pembentang 'Quantitatif Risk Accessment' World Landslide Forum di Ljubljana, Slovenia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.