Date: Ahad, Disember 25, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. ZAINUDDIN BIN HUSSAIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Disember 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam, Gred J41 bertempat di JKR Negeri Perak pada Tahun 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-2000: Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
  2. Tahun 2001-2009: Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 2009-2013: Kader JPN, KPKT
  4. Tahun 2013-2016: Jurutera Daerah, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan
  5. Tahun 2016-2018: Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
  6. Tahun 2018-2018: Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur
  7. Tahun 2018-2022: JKR Negeri Selangor
  8. Tahun 2022-2022: Cawangan Senggara Fasiliti Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar sebagai Professional Engineer

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015, Jurutera Daerah, Daerah Jelebu
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, Cawangan Kerja Keselamatan
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, Kader KPKT
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1997, JKR Perak

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. ZAINUDDIN BIN HUSSAIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"