Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RASHAD yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 April 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal Gred J9 di Woksyop Negeri, Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor pada 20 Ogos 1990. Beliau juga telah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1990: Jurutera Mekanikal, Woksyop Negeri Jabatan Kerja Raya Negeri Johor;
- Tahun 1900 – 1992: Jurutera Mekanikal, JKR Bukit Mor, Parit Jawa, Muar;
- Tahun 1992 – 1995: Jurutera Mekanikal, JKR Woksyop, JKR Persekutuan Kuala Lumpur;
- Tahun 1995 – 2001: Jurutera Mekanikal, Jabatan Pengangkutan Jalan;
- Tahun 2001 – 2003: Jurutera Mekanikal (J41), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2003 – 2004: Jurutera Mekanikal (J41), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2004 – 2007: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2007 – 2008: Jurutera Mekanikal Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2008 – 2019: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2019 – 2023: Pengarah (JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2023 – 2024: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia; dan
- Tahun 2024 – 2025: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) (JUSA A), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
a) Kelayakan Profesional
- Profesional Engineer with Practising Certificate (PE)
b) Lain-Lain Kekompetenan
- SIRIM MS 1525:2014 (Tahun 2014) – Energy Efficiency And Use Of Renewable Energy For Non-Residential Buildings - Code Of Practice (Second Revision);
- SIRIM MS ISO 16000-3:2015 (Tahun 2017) – Indoor Air Part 3: Determination of Formaldehyede And Other Carbonylcompounds In Indoor Air And Test Chamber Air - Active Sampling Method;
- SIRIM MS ISO 16000-4:2015 – INDOOR AIR PART 4 (Tahun 2017) – Determination Of Formaldyhyede - Diffusive Sampling Method;
- SIRIM MS ISO 16000-6:2015 - INDOOR AIR PART 6 (Tahun 2017) – Determination Of Volatile Organic Compounds In Indoor And Test Chamber Air;
- SIRIM MS 1472:2017 (Tahun 2017) – Fire Precautions In The Design Of Buildings - Smoke Control; dan
- SIRIM MS 1182:2017 (Tahun 2017) – Classification Of Fires (First Revision) – Kompetensi Penyaman Udara (Kejuruteraan Mekanikal) (Tahun 2018) - Tahap 3
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Membentangkan kertas utama - HCFC Phase Out Plan Air Conditioning Refrigerant, The Joint Thematic Meeting of SEAP/ SA Network Ozone Officers pada 13 Oktober 2015 di Goyong Republic of Korea;
- Membentangkan kertas utama - penilaian semula projek penggantian 2 unit chiller dan lain-lain peralatan berkaitan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kuala Lumpur; dan
- Membentangkan kertas Coordination of Mechanical System Design & Installation With Architects And Engineers On The Government Building Project.
d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Penasihat – Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin Kajang Selangor;
- Setiausaha – Surau Haji Ismail (Surau Jumaat), Bandar Puncak Alam, Selangor;
- Ahli – Professional Engineer With Practising Certificate (PE);
- Ahli – Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam Bandar Puncak Alam Selangor; dan
- Ahli – Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Puncak Alam Bandar Puncak Alam, Selangor.
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Perkhidmatan Cemerlang Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tahun 1999;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000; dan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RASHAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 2373 bacaan