Date: Khamis, Jun 28, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN AHMAD, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Julai 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Mekanikal pada 11 Februari 1985 dan ditempatkan di JKR Worksyop Persekutuan. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1985 – 1992                     : Jurutera Mekanikal di JKR Worksyop Persekutuan

2. Tahun 1992 – 1996                     : Ketua Jurutera Mekanikal di JKR Worksyop Negeri Sembilan

3. Tahun 1996 – 2002                    : Ketua Jurutera Mekanikal di JKR Worksyop Pulau Pinang

4. Tahun 2002 – 2007                     : Pengarah Industri Hutan Malaysia di Jabatan Perhutanan Malaysia

5. Tahun 2007 – 2008                     : Ketua Sekretariat PEMUDAH di MITI

6. Tahun 2008 – 2013                     : Ketua Pasukan Pengurusan Projek MITI

7. Tahun 2013 – 2018                     : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Pulau Pinang : Tahun 2001 

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR Tahun 2015

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional Berdaftar (PEng.) 

d) Selain itu, beliau turut membentangkan beberapa kertas kerja di peringkat antarabangsa, antaranya;

1. 1995 United Nations Food and Agriculture Organisation conference on Forest Products di Rome Italy : Pembentangan Kertas Kerja: “Sustainable Management of Mangrove Forest Matang - Charcoal Production”

2. 2017 Federation of Council of Engineering Institutions Islamic Countries conference in Madinah Munawarah Saudi Arabia pembentangan Kertas Kerja “Ibu Pejabat MITI  PFI”

e) Beliau turut bergiat aktif dalam pelbagai jawatankuasa seperti berikut;

1. Presiden Pertubuhan Profesional JKR Malaysia

2. Pengerusi Lembaga Koperasi JKR Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.