Date: Selasa, September 18, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. MEJAR IR. MOHAMMAD TAJUL URUS BIN TAJUDDIN, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 September 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 30 Julai 1982 dan ditempatkan di JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Perak. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

Julai 1982 – September 1986

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Perak.

2.

Oktober 1986 – Mac 1990

:

Menyambung Pengajian.

3.

April 1990 – Mei 1993

:

Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur.

4.

Jun 1993 – Mac 2000

:

Jurutera Awam, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

5.

Mac 2000 – Julai 2003

:

Jurutera Awam Kanan, Jabatan Bekalan Air, Negeri Sembilan.

6.

Julai 2003 – Julai 2005

:

Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pakar & Kejuruteraan Awam, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

7.

Julai 2005 – April 2007

:

Jurutera Awam Penguasa, JKR Pulau Pinang.

8.

Ogos 2007 – Mac 2008

:

Jurutera Awam Penguasa (Mk), Cawangan Kerja Bangunan Am (Projek Pembinaan Kampus Kedua INSPEN, Bangi).

9.

April 2008 – Februari 2010

:

Jurutera Awam Penguasa (Mk), Jabatan Persekutuan Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM

10.

Julai 2008 – Disember 2010

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Sabah JKR Malaysia.

11.

Disember 2010 – Februari 2011

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

12.

Februari 2011 – Januari 2017

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

13.

Januari 2017 – September 2018

:

Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Anugerah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.), Tahun 2001

b) Anugerah

1. Pingat Peter Smart, Angkatan Tentera Malaysia (PS), 2005
2. Pingat Khidmat, Angkatan Tentera Malaysia (PK), 1996
3. Pingat Perkhidmatan Am, Angkatan Tentera Malaysia (PPA), 1987
4. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1998
5. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2010

c) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
2. Pakar Rujuk Pengendalian BiGBen (Bilik Gerakan Banjir JKR) sebagai pusat rujukan bencana negara untuk banjir dan cerun (2011 - sekarang)
3. Pakar Rekabentuk Bekalan Air & Sanitari (Okt 2004 – Julai 2005)
4. Pakar Bekalan Air JKR Malaysia untuk Delegasi Tsunami Acheh (Jan 2005 - Julai 2005)
4. Pakar Rujuk Hot Tapping Bekalan Air (1998 - 1999)
5. Pakar Rujuk Krisis Bekalan Air Lembah Kelang (1998)
6. Pakar Rujuk Water Quality Monitoring kepada KKM, JAS, JPS (1993 – 1996)
7. Pakar Rujuk Traffic Assignment (1990 - 1993)

d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1. Ahli Seumur Hidup Pertubuhan Profesional JKR Malaysia
2. Ahli Malaysia Water Association (MWA)
3. Ahli International Water Association (IWA)
4. Ahli Roads Engineering Association Malaysia (REAM)
5. Ahli Roads Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA)
6. Ahli Chartered Institution of Highways & Transportation (CIHT), Malaysian Branch
7. Wakil Tetap JKR Malaysia bagi ASEAN Disaster Regional Exercise
8. Wakil Tetap UNDP (United Nation Disaster Forum)
9. Ahli Tetap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bantuan Pusat APBN/MKN
10. Pegawai Pemerintah Rejimen Ke 60 Askar Jurutera DiRaja Pengendalian Air
11. Pengerusi Pelan Induk Cerun Negara (ICSM)

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. Misi Pembangunan Semula Acheh akibat Tsunami 26/12/2004 dan di Anugerahkan Mejar oleh Yang DiPertuan Agong 2005.
2. Pegawai Pemerintah berpangkat MEJAR di dalam Rejimen Ke 60 Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Pengendalian Air.  Bergiat aktif dari Nov 1984 sehingga kini.

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. MEJAR IR. MOHAMMAD TAJUL URUS BIN TAJUDDIN sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.