Date: Khamis, Januari 6, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr MOHD YUSOFF BIN OTHMAN, PENGARAH KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 JANUARI 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan (J41) bertempat di JKR Negeri Perak,pada 1 Oktober 1992. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1992-1995: Juruukur Bahan (J41), JKR Negeri Perak
  2. Tahun 1995-1997: Ketua Unit (J41), Unit Bumiputera, Pengurusan dan JKR Negeri Perak
  3. Tahun 1997-2004: Penolong Pengarah (J41), JKR Unit Projek UIAM
  4. Tahun 2004-2005: Penolong Pengarah Kanan (J44), JKR Unit Projek UIAM
  5. Tahun 2005-2011: Penolong Pengarah Kanan (J48), JKR Unit Projek UIAM
  6. Tahun 2010-2017: Ketua Pengarah Kanan (J52), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  7. Tahun 2018-2020: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan AM 2
  8. Tahun 2020-2022: Pengarah Khidmat Pakar (JUSA C), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Juruukur Bahan Bertauliah dengan Lembaga Juruuukur Bahan Malaysia
  2. Ahli Royal Institut Surveyor Malaysia
  3. Registered Adjudicator under KLRCA

 

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Master Project Director (MPD) atau Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor dll.)

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Siasatan Lembaga JUB Malaysia
  2. Ahli Jawatankuasa Yuran dan Amalan Iktisas Lembaga JUBM Malaysia

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Yang Di pertua PIBG SK Bukit Rawang Jaya
  2. Naib YDP PIBG Semekar
  3. Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan CKBA 2
  4. Pengerusi Kelab Harmoni CKUB

 

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu pejabat) Tahun 1998
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu pejabat) Tahun 2008
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu pejabat) Tahun 2012

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Sr MOHD YUSOFF BIN OTHMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"