Date: Jumaat, Mei 4, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. MUHAMAD BIN ADAM, TIMBALAN PENGARAH TEKNIKAL, BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 26 Julai 1983 dan penempatan pertama beliau adalah di Bahagian Penyelenggaraan Jalan, IP JKR. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1984         : Jurutera Awam, Bahagian Penyelenggaraan Jalan, IP JKR

2)Tahun 1984 – 1991         : Jurutera Bangunan, JKR Negeri Terengganu

3) Tahun 1991 – 1997        : Jurutera Jalan, JKR Negeri Perak

4) Tahun 1997 - 2001         : Jurutera Daerah, JKR Daerah Jelebu, N. Sembilan

5) Tahun 2001 - 2007      : Pengarah Pengurusan Projek, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

6) Tahun 2007 – 2014        : Jurutera Awam Penguasa, JKR Negeri Selangor

7) Tahun 2014 – 2016        : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Kesihatan

8) Tahun 2016 – 2018        : Timbalan Pengarah Teknikal, Bahagian Teknikal, Jabatan Audit Negara

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)

2) Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C)

3) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2015

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.