Date: Selasa, Januari 2, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Pn. Nor Fadzilah Binti Ashaari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Januari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 1 November 1990 dan ditempatkan di Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia dan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks sebelum ditukarkan ke Cawangan Perancangan Aset Bersepadu sehingga sekarang.

Sepanjang 27 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2007.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.