Date: Khamis, Jun 28, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. ROZIAH BINTI MD. SAAD, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Julai 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Arkitek pada 7 Disember 1985 dan ditempatkan di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1985 – 1991                     : Arkitek di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR

2. Tahun 1991 – 1999                     : Arkitek di JKR Negeri Selangor

3. Tahun 1999 – 2006                    : Arkitek Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

4. Tahun 2006 – 2017                     : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR

5. Tahun 2017 – 2018                     : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR

Semasa berkhidmat sebagai Arkitek di Cawangan Bangunan, beliau telah berjaya memenangi dua (2) pertandingan iaitu Rekabentuk Kuarters Piawai Baru JKR (Kelas H) Tahun 1983 dan Rekabentuk Masjid Piawai JKR Kategori Masjid Piawai Kawasan Bandar Tahun 1990.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1996

2. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2015

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1.  Sijil ‘Integrated ISO 9001:2008 QMS Lead Auditor Training’ tahun 2010

c) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

1.    Arahan Teknik Untuk Mencegah Kulat Dalam Bangunan Kesihatan.

-          Ahli Jawatankuasa Pembasmian Kulat, CKK- siap pada 14.12.2017.

2.    Khidmat Nasihat Teknikal Kepada Pihak-Pihak Yang Berkaitan:

-          Garis Panduan ‘Operation Theatre’- Jawatankuasa Bahagian Kejuruteraan KKM.

-          Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Untuk Jawatankuasa ‘Standard and Cost’, EPU.

-          Laporan dan Persembahan Iktibar (Lesson Learnt) Bertajuk Kecacatan dan Kebocoran Pemasangan Bumbung di Hospital Pekan, Pahang.

3.    Penyelarasan Dokumen ‘Post Occupancy Evaluation’ Untuk Kajian Klinik-klinik Sediada.

d) Beliau turut bergiat aktif dalam pelbagai jawatankuasa seperti berikut;

1. Ahli Panel Penilai Teknikal Pertandingan Rekabentuk Baru Hospital Kerajaan 2010.

2.  Ahli Panel Penilai Teknikal Pertandingan Rekabentuk Baru Hospital Kerajaan 2010.

3.  Pegawai Integriti Caw. Kerja Kesihatan dan Caw. Arkitek 2016-2018.

4.  Urusetia Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek Kanan JKR Malaysia 2017.

5.  Urusetia Program Pensijilan Arkitek 2017-2018.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.