Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. SALINA BINTI SIEN, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Januari 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Arkitek pada tahun 1990 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Kerja Perubatan dan Kesihatan, Ibu Pejabat JKR. Sepanjang 28 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1) Tahun 1990 - 1996 : Arkitek Tingkatan Biasa, Cawangan Kerja Perubatan dan Kesihatan
2) Tahun 1997 - 2003 : Arkitek, Cawangan Bangunan
3) Tahun 2003 - 2004 : Arkitek, Cawangan Kerja Pendidikan
4) Tahun 2004 - 2007 : Arkitek Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan
5) Tahun 2007 - 2008 : Arkitek Kanan, Cawangan Bangunan Am
6) Tahun 2008 - 2010 : Arkitek Penguasa, Cawangan Bangunan Am
7) Tahun 2010 - 2013 : Arkitek Penguasa, Cawangan Arkitek
8) Tahun 2013 - 2014 : Arkitek Penguasa, Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga
9) Tahun 2014 - 2015 : Arkitek Penguasa, Cawangan Arkitek
10) Tahun 2015 - 2016 : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Arkitek
11) Tahun 2016 - 2018 : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan
Di antara kegiatan dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan adalah ;
- Sebagai Juri Hakim Pertandingan Rekabentuk Astaka Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Antarabangsa Ke 47 Anjuran JKR Mlayasia Dan Jakim
- Sebagai Penceramah Dalam Menjayakan Taklimat Do’s & Dont’s Bagi Projek Design Dan Built Anjuran Caw. Kerja Bangunan Am Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Dianugerahkan sebagai Pemudahcara Skim Penarafan Hijau JKR
- Sebagai Panel Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik JKR Malaysia 2013
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1559 bacaan