Date: Khamis, Jun 7, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. WAN MAZIAH BINTI WAN NOH, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IP JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Jun 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 25 Februari 1985 dan penempatan pertama beliau adalah di Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu di bawah Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1985 - 1986  : Juruukur Bahan, Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu di bawah Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan

2) Tahun 1986 – 1987        : Juruukur Bahan, JKR Negeri Terengganu

3) Tahun 1987 – 1991        : Juruukur Bahan, Pusat Penyelarasan Khidmat Kontraktor, Jabatan Perdana Menteri

4) Tahun 1991 - 2000         : Juruukur Bahan, Jabatan Perdan Menteri

5) Tahun 2000 - 2004         : Juruukur Bahan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan

6) Tahun 2004 – 2008        : Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, IP JKR

7) Tahun 2008                    : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR

8) Tahun 2009 – 2014        : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

9) Tahun 2014 - 2016   : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan ditempatkan di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

10) Tahun 2016                   : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

11) Tahun 2016 – 2018      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Terengganu : Tahun 1989

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2005

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011

3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.