Date: Isnin, November 5, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. ZAWIDATUL ASMA BINTI GHAZALI, PENGARAH KEJURUTERAAN (PAKAR PENGURUSAN NILAI), CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 November 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Arkitek pada 20 Ogos 1985 dan ditempatkan di Unit Arkitek, Cawangan Kerja Pendidikan. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1985 – 1993: Penolong Pengarah (J41) di Unit Arkitek, Cawangan Kerja Pendidikan
1993 – 1999: Penolong Pengarah (J41) di Unit Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Perumahan Negara, KPKT
1999 – 2001: Penolong Pengarah Kanan (J48) di Unit Pengurusan Projek B, Cawangan Bangunan
2001 – 2003: Penolong Pengarah Kanan (J48) di Unit Pembangunan Seni Bina, Cawangan Bangunan
2003 – 2006: Penolong Pengarah Kanan (J48) di Unit Pembangunan Seni Bina, Cawangan Arkitek
2006 – 2007: Penolong Pengarah Kanan (J48) di Caw. Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
2007 – 2008: Ketua Penolong Pengarah (J52) di Caw. Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
2008 – 2015: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54) di Caw. Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
2015 – 2018: Pengarah Kejuruteraan (Pakar Pengurusan Nilai) (JUSA C) di Caw. Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah

1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1996 di KPKT
2. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2003, 2008 dan 2013 di JKR

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut; 

1. Registered Project Manager JKR
2. Certified Project Manager Workplace Assessor JKR
3. Certified Practising Project Manager (CPPM), Australian Institute of Project Management
4. Pakar Pengurusan Nilai (2015)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. Ahli Majlis Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA)
2. Ahli Australian Institute of Project Management

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. PN. ZAWIDATUL ASMA BINTI GHAZALI sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.