Date: Selasa, Januari 3, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Pn. Zuraida bt Abu Hassan, Jurukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 07 Jan 2017.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 17 Disember 1984 ,di Cawangan Ukur Bahan. Sepanjang berkhidmat selama 33 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Unit Bumiputra, JKR Selangor,  Jabatan Pengairan dan Saliran, Cawangan Kerja Ukur Bahan JKR Malaysia, JKR Negeri Selangor, Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.