Date: Rabu, Jun 8, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsPUAN NIK AINUN ZANARIAH BINTI NIK ABD. RASHID, PENGARAH KANAN CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 8 JUN 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan biasa (J41) bertempat di Cawangan Bangunan Jabatan Kerja Raya,pada 1 Ogos 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1992: Arkitek Tingakatan Biasa (J41), Cawangan Bangunan, JKR
  2. Tahun 1992-2001: Arkitek Tingkatan Biasa, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Tahun 2001-2003: Penolong Pengurus Kanan (Arkitek) (J48), Unit Rekabentuk, Unit Pengurusan Projek Kerja Bangunan Am 1, Cawangan Kerja Bangunan Am.
  4. Tahun 2003-2007: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) (J48), Unit Rekabentuk Cawangan Kerja Bangunan Am
  5. Tahun 2007-2008: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Unit Komunikasi & Khidmat Pakar (Arkitek) Cawangan Kerja Bangunan Am
  6. Tahun 2008-2015:  Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Unit Pengurursan Projek 5 Cawangan Kerja Bangunan Am
  7. Tahun 2015-2017: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Pengurusan Projek 1 Cawangan Kerja Bangunan Am
  8. Tahun 2018-2021: Pengarah Cawangan (JUSA C), Cawangan Arkitek
  9. Tahun 2021-2022: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Kerja Bangunan AM 1

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Arkitek Graduan Lembaga Arkitek Malaysia
  2. Registered Program Director

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. *(Berdaftar sebagai Master Project Director (MPD) atau Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor dll.) 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Penceramah bagi Kursus Peranan Arkitek Sebagai Lead HODT & HOPT (P&P)                 
  2. Pembentang bagi Seminar CKAS         
  3. – ‘Efficient – Quality – Deliver” dan Hari Bertemu.         
  4. Penceramah bagi Kursus Change Management and Qualities Leadership 
  5. Penceramah bagi Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Projek dan Pemuliharaan Bangunan JKR sesi 2/2018   
  6. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan dan Profesional di Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2018
  7. Penceramah bagi Program Pegawai Integriti Bertauliah siri 4 bil. 2/2019 (Sektor Swasta) Johor Corporation                           
  8. Mesyuarat Kompetensi (IBS, Forensik & Jtruss) Jurutera Bangunan Zon Timur –Penceramah/Fasilitator                           
  9. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan dan Profesional di Jabatan Kerja Raya Malaysia Sesi 1 Tahun 2019 
  10. Panel Penemuduga Calon Pensijilan Senibina Tahun 2019,    CREaTE
  11. Panel Penemuduga Calon Pegawai Atase Pembangunan, Paris

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia
  2. Rakan Akrab (Berkebolehan Berkomunikasi Dengan Jabatan Pelanggan Dengan Baik)
  3. International Muslim Women’s Union –Malaysia

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Kesatria Mangku Negara (KMN) – 2015 (Persekutuan)
  2. Ahli Mangku Negara (AMN) – 1994 (Persekutuan)
  3. Penerima Anugerah Hari Qlassic & Shassic 2021(Projek: Cadangan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia(Fasa 3b) KL
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR – 2015
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR – 2003
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR – 1994
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR – 1988
  8. Anugerah Khas Jabatan (JKR/WPKL) – 1998

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. PUAN NIK AINUN ZANARIAH BINTI NIK ABD. RASHID dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"