Date: Jumaat, Jun 16, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Abd Shukor bin Ibrahim, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan I, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 19 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 10 April 1980. Sepanjang perkhidmatan selama 37 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan di antaranya JKR Negeri Sembilan, Unit Projek Turnkey, Ibu Pejabat JKR, JKR Perak dan Kementerian Pertahanan.

Di atas khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa Bintang dan Pingat antaranya; 

  1. Ahli Mahkota Perak          -   AMP (1996)
  2. Kesatria Mangku Negara   -   KMN (2010)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2003
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2005

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.