Date: Jumaat, April 5, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr ABDUL HALIM BIN EMBONG yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 April 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Juruukur Bahan (J3) di JKR Kelantan pada 4 April 1993, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Juruukur Bahan Penguasa Kanan di Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1997:  Juruukur Bahan(J3), JKR Kelantan
  2. Tahun 1997-1998: Juruukur Bahan (J3), JKR Terengganu
  3. Tahun 1998-2004: Juruukur Bahan (J3), JKR Kelantan
  4. Tahun 2004-2005: Juruukur Bahan(J41), Unit JKR Kesedar
  5. Tahun 2005-2007: Juruukur Bahan (J44), Jabatan Landskap Negara
  6. Tahun 2007-2007: Juruukur Bahan Kanan (J48), Cawangan Projek Kompleks
  7. Tahun 2007-2008: Juruukur Bahan Kanan (J48), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2009-2011: Juruukur Bahan Kanan (J48), Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  9. Tahun 2011-2013: Juruukur Bahan Penguasa(J52), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Ibu Pejabat JKR Malaysia
  10. Tahun 2013-2017: Juruukur Bahan Penguasa(J52), JKR Kelantan
  11. Tahun 2017-2024: Juruukur Bahan Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Ibu Pejabat JKR Malaysia

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBrs. Sr ABDUL HALIM BIN EMBONG dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"