Date: Rabu, Jun 21, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Hajjah Hashimah binti Harun, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 3 Julai 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 14 April 1981. Sepanjang perkhidmatan selama 36 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai cawangan di antaranya Unit Projek Turnkey, Ibu Pejabat, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks dan Cawangan Latihan & Inovasi.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.