Date: Khamis, Oktober 18, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. SR. HJH. ROZNITA BINTI OTHMAN, PENGARAH KEJURUTERAAN (PAKAR PENGURUSAN PROJEK - KOMUNIKASI), UNIT ECKM, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Oktober 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 14 April 1981 dan ditempatkan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1981 – 1983  : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa, Unit Perubatan & Kesihatan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
1983 – 1984  : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa, JKR Negeri Johor
1984 – 1987  : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa, Unit Penyelidikan Kos dan Pembangunan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
1987 – 1988  : Cuti Belajar (Diploma Lanjutan Sains Komputer)
1988 – 1993  : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan, Unit Kerja Dalam Negeri, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
1993 – 1996  : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan, Unit Pengurusan Sumber Teknikal, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
1997 – 2003  : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan, Unit Pembangunan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
2003 – 2006  : Ketua Penolong Pengarah, Unit Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
2006 – 2008  : Cuti Belajar (Ijazah Sarjana)
2008 – 2009  : Ketua Penolong Pengarah, Unit ECKM, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks
2010 – 2015  : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit ECKM, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks
2015 – 2018  : Pengarah Kejuruteraan (Pakar Pengurusan Projek – Komunikasi), Unit ECKM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Tahun 2010

b) Anugerah

1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1996, 2003 & 2008
2. Anugerah Citra Karisma Universiti Teknologi Malaysia; Tahun 2009
3. Anugerah Pencapaian Istimewa (API); Tahun 2009, 2010 & 2011
4. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); Tahun 2013
5. Anugerah Hak Cipta Harta Intelek Rangka Kerja Pengurusan Pengetahuan – MyIPO 2018

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut; 

1. Registered Quantity Surveyor (1981)
2. Senior Registered Project Manager (2009)
3. Certified Knowledge Manager (2009)
4. Certified Workplace Assessor (Project Management) (2011)
5. Certified Professional Trainer (2018)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. 2001 – 2018: Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) – Pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga, Setiausaha, Wakil Pengurusan, Ketua Panel Akreditasi Pengajian Ijazah Ukur Bahan di dalam dan di luar negeri, Pengerusi J/K Penerbitan dan IT, Ahli QS Examination Council, Ahli QS Accreditation Council, ahli J/K QS International Convention, Ketua Panel Penilai Anugerah LJBM, Ahli J/K Pendaftaran, J/K Skel Fi, J/KTatatertib, J/K Pengurusan

2. 2007 – 2016: Persatuan Alumni UTM – Pernah dilantik sebagai ahli exco, Ketua Biro Penerangan dan Keahlian

3. 2008 – 2018: The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA)Pernah dilantik sebagai Ketua Sekretariat, Pengerusi Penganjur Seminar Inaugural MAPMA, Setiausaha Kehormat, ahli J/K Penganjuran NAFAM 2009, KONSPAK 2014 dan NAFAM 2018

4. 2009 – 2018: Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)Pernah dilantik sebagai Council Member, Pengerusi J/K IT dan Library, Ahli Education and Accreditation Board, Penggubal Peperiksaan Direct Finals, Ahli J/K BIM, Ketua Panel Akreditasi Pengajian Diploma Ukur Bahan

5. 2009 – 2015: World Road Association (PIARC) Pernah dilantik sebagai coopt member TEDCOM, Ahli Communications Commission

6. 2013 – 2017: CIDB – Pernah dilantik sebagai ahli BIM Steering Committee CIDB, Pengerusi Panel Penilai Anugerah Jurubina Terbaik

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. SR. HJH. ROZNITA BINTI OTHMAN sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.