Date: Khamis, Julai 15, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr IZHAR BIN IDRUS, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 2, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan (J41) di Cawangan Ukur Bahan pada 27 Ogos 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984 - 1992: Juruukur Bahan (J41), Cawangan Ukur Bahan
  2. Tahun 1992 - 2005: Juruukur Bahan (J44), Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jabatan Perdana Menteri
  3. Tahun 2005 - 2007: Juruukur Bahan Kanan (J48), Kementerian Pertahanan
  4. Tahun 2007 - 2008: Juruukur Bahan Kanan (J48), Kementerian Pertahanan
  5. Tahun 2008 - 2014: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Kementerian Pendidikan Malaysia (LAMA)
  6. Tahun 2014 - 2015: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR
  7. Tahun 2015 - 2016: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR
  8. Tahun 2016 - 2016: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR
  9. Tahun 2016 - 2021: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 1, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. INSTITUT JURUUKUR MALAYSIA

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Pensijilan Kompetensi Pengurusan Aset & Fasiliti JKR (Tahap 4) - 2019

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Menyelia dan menguruskan pentadbiran kontrak bagi projek pembinaan kem untuk Angkatan Tentera Malaysia di Lebanon (Juruukur Bahan, J48 di Kementerian Pertahanan) (2005)
  2. Menyelia projek bantuan kemanusiaan (Pembinaan Rumah Anak Yatim dan Penempatan Mangsa Tsunami) di Acheh (Juruukur Bahan, J48 di Kementerian Pertahanan) (2005)
  3. Mengawasi projek Solar Hybrid sekolah seluruh Negeri Sabah (Juruukur Bahan Penguasa, J52 di Kementerian Pendidikan Malaysia) (2009)
  4. Menyelia dan mengawasi Projek Janakuasa Elektrik di seluruh negeri Sarawak (Juruukur Bahan Penguasa, J52 di Kementerian Pelajaran Malaysia) (2009)
  5. Menyelia dan menguruskan pentadbiran kontrak bagi projek Bekalan Air Bersih (Tube well) di sekolah seluruh Negeri Sarawak (Juruukur Bahan Penguasa, J52 di Kementerian Pelajaran Malaysia) (2009)
  6. Ahli Lembaga Perolehan MQA (2016)
  7. Ahli JK Perunding Peringkat CKBA1 (2016)
  8. Ahli Lembaga Perolehan MAIWP (2018)
  9. Ahli JK Tatatertib CKBA1 (2018)
  10. Ahli JK Kelulusan Lanjutan Masa (JKLM) (2018)
  11. Ahli JK Operasi Pengurusan Risiko CKBA1 (2018)
  12. Pembentang di Persidangan Juruukur Bahan Sektor Awam anjuran CKUB (2019)
  13. Ahli JK Siasatan Dalaman Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Canseri Kedutaan Malaysia di Manila, Filipina (2019)
  14. Ahli JK Perubahan Kerja Peringkat CKBA1 (2019)
  15. Pensijilan Pengurusan Projek Bersepadu (2019)
  16. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan dan Profesional JKR Malaysia (2019)
  17. Ahli Lembaga Perolehan Kementerian Perpaduan Negara (2020)

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Ahli Setia Mahkota Kelantan - Al-Ibrahimi V (2003)
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2005
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2002

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Sr IZHAR BIN IDRUS dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"