Date: Jumaat, Julai 2, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr KALSOM BINTI HAMID, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN (J54), BAHAGIAN KESIHATAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 02 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan J41 di Unit Pendidikan & Tentera, CKUB pada 16 September 1992. Sepanjang 29 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1992 - 1994: Juruukur Bahan (J41), Unit Pendidikan & Tentera, CKUB
  2. Tahun 1994 - 1997: Juruukur Bahan (J41), Unit Kesihatan, CKUB
  3. Tahun 1997 - 2004: Juruukur Bahan (J41), Unit Khidmat Kos, CKUB
  4. Tahun 2004 - 2009: Juruukur Bahan (J44/J48), Unit Kontrak & Ukur Bahan, Cawangan Kerja Keselamatan
  5. Tahun 2009 - 2011: Juruukur Bahan Kanan (J48), Urusetia Tender JKR, CKUB
  6. Tahun 2011 - 2014: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bahagian Jalan & Jambatan, CKUB
  7. Tahun 2014 - 2016: Ketua Penolong Setiausaha (Teknikal) (J52), Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan Malaysia
  8. Tahun 2016 - 2017: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bahagian Jalan & Jambatan, CKUB
  9. Tahun 2017 - 2021:Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Bahagian Kesihatan, CKUB

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) - CQS1240
  2. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) -  M4400

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Tahap 4, Kompetensi Ukur Bahan – Pengukuran Kuantiti Kerja Bangunan

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ketua Bidang Kompetensi Ukur Bahan (Pengukuran Kuantiti Kerja Bangunan) bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR  - (2018 – 2021)
  2. Panel Penilai Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR – Pengukuran Kuantiti (2018-2021)
  3. Ahli Jawatankuasa Kerja CCC, JKR (2021)
  4. Ahli Lembaga Perolehan PJH, Putrajaya (2014-2016)
  5. Ahli Lembaga Perolehan ICU, Negeri Selangor (2017-2021)

d) Sumbagan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ketua Biro Ekonomi – Badan Kebajikan dan Riadah CKUB (2017-2018)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Bintang Anugerah Khidmat Cemerlang (2010)
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang (2012)
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang (2021)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Sr KALSOM BINTI HAMID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"