Date: Rabu, Jun 8, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr MAJMIN BT SAYEED AHAMAD, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN BANGUNAN AM 2, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JABATAN KERJA RAYA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 08 Jun 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J29) bertempat di Unit Bangunan Am, CKUB, Jabatan Kerja Raya pada 15 Oktober 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1992: Pembantu Teknik (J29), Unit Bangunan Am, CKUB, JKR
  2. Tahun 1994-2007: Penolong Pengarah (J41/J44), Unit Bangunan Am, CKUB, JKR
  3. Tahun 2007-2014: Ketua Penolong PEngarah (J48), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  4. Tahun 2014-2019: Juruukur Bahan Penguasa (J52), JKR Negeri Pulau Pinang
  5. Tahun 2019-2022: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Banhagian Bangunan Am 2, CKUB, IPJKR

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) – 2017
  2. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) - 1995

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Penceramah Jemputan bagi Kursus Perolehan dan Pentadbiran Kontrak di Create, INTAN dan Agensi-Agensi Kerajaan.
  2. Ahli Lembaga Perolehan yang dilantik oleh JKR bagi agensi kerajaan, KEMAS, Perbadanan Putrajaya, ICU Pulau Pinang dan Lembaga Pelabuhan Klang.
  3. Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas LKAN 2018 Siri 3

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Puspanita
  2. Ahli Kelab Sukan JKR WPKL
  3. Pengerusi Biro Sosial dan Kebajoikan Kelab Sukan JKR Pulau Pinang
  4. Ahli Kelab Sukan dan Riadah KKria CKUB

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Bintang Cemerlang Negeri Pulau Pinang – 2018
  2. Anugerah Perkhidmatan Terpuji JKR Pulau Pinang – 2018
  3. APC KKR JKR WPKL – 2013
  4. Anugerah Pekerja Contoh JKRWPKL – 2010
  5. APC KKR JKRWPKL – 2009
  6. APC CKUB - 2001

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Sr MAJMIN BT SAYEED AHAMAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"