Date: Khamis, Januari 14, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr MASELAWATI BINTI SHAMSUDDIN, PENGARAH PERUNDINGAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 JANUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur BahanTingkatan Biasa di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1990 : Juruukur Bahan Tingkatan Biasa, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Tahun 1990 - 1995 : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan (J3), Unit Penyelidikan Kos dan Pembangunan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  3. Tahun 1995 - 1999 : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan (J3), Unit Pendidikan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  4. Tahun 1999 - 2003 : Juruukur Bahan Tingkatan Kanan (J3), Unit Kejuruteraan Awam, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  5. Tahun 2003 - 2004 : Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Pakar dan Kejuruteraan Awam, IPJKR
  6. Tahun 2004 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan (J48), Unit Kejuruteraan Awam, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  7. Tahun 2007 - 2008 : Ketua Penolong Setiausaha (Teknikal) (J48), Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia
  8. Tahun 2008 - 2014 : Ketua Penolong Setiausaha (Teknikal) (J52), Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia
  9. Tahun 2015 – 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Unit Bahagian Penyelenggaraan, Penswastaan dan Pelbagai, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  10. Tahun 2017 – 2018 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Dipinjamkan ke pasukan khas ICE Projek MRT Laluan 2-Sungai Buloh ke Putrajaya
  11. Tahun 2019 – 2021 : Pengarah Perundingan Penyelesaian Pertikaian (JUSA C), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar sebagai Consultant Quantity Surveyor (CQS) dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM).
  2. Berdaftar sebagai Fellow dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).
  3. Berdaftar sebagai Ahli dengan Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS).

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) dalam bidang Perundingan Penyelesaian Pertikaian – Jabatan Kerja Raya/ Jabatan Perkhidmatan Awam.
  2. Degree of Bachelor of Jurisprudence (External) – Universiti Malaya.
  3. Sijil Amalan Guaman (CLP) – Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Malaysia.
  4. Certified Professional Trainer and Facilitator - University of Malaya.
  5. Certificate in Adjudication – K.L Regional Centre for Arbitration (Sekarang dikenali sebagai Asian International Arbitration Centre).

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – Sesi 19, (2019 - Februari 2021).
  2. Pengerusi Jawatankuasa Continual Professional Development (CPD), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. – Sesi 19.
  3. Ahli Jawatankuasa Tatasusila, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – Sesi 19
  4. Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – Sesi 19
  5. Penceramah “Assessment of Loss and Expense in construction contracts” di Pusat Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  - 2019.
  6. Ahli Jawatankuasa Teknikal penerbitan CIDB Construction Law Report (2019 Edition).
  7. Ahli Jawatankuasa Teknikal penerbitan CIDB Construction Law Report (2020 Edition).
  8. Timbalan Pengarah, Contracts and Commercial Department, Independent Consultant Engineer (ICE), HSS Integrated Sdn. Bhd. – Perunding kepada MRT Corporation bagi projek MRT Laluan 2 (Sungai Buloh –Serdang – Putrajaya) -  2017 hingga 2018.
  9. Panel temuduga bagi laluan alternative/ khas untuk didaftar sebagai Juruukur Bahan berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – 2013 hingga 2016.
  10. Panel temuduga bagi Pelantikan Juruukur Bahan ke Perkhidmatan Awam – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – 2008.
  11. Wakil kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam Lembaga Perolehan di Kementerian-Kementerian yang ditetapkan – Tahun 2007 hingga 2014.
  12. Ahli Jawatankuasa Skala Fi dan Amalan, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – Sesi 14 hingga 17 (Tahun 2009 hingga 2017)
  13. Pembentang kertas bertajuk “Applicability of Expert Determination as an Alternative Dispute Resolution in the Malaysian Construction Industry” di Pacific Association of Quantity Surveyors (PAQS) Congress 2019.
  14. Pembentang kertas bertajuk “Expert Determination” di Persidangan Juruukur Bahan Sektor Awam 2019.
  15. Panel Penilai Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya 2020.

d) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengulas bagi dua(2) kes yang diputuskan di mahkamah dan diterbitkan dalam CIDB Construction law report – Summary of 2018 Written Judgments & Lessons Learnt (2019 Edition).
  2. Pengulas bagi dua(2) kes yang diputuskan di mahkamah dan diterbitkan dalam CIDB Construction law report – Summary of 2018 Written Judgments & Lessons Learnt (2020 Edition).

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) - 2015
  2. Pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) - 2015
  3. Anugerah Pencapaian Istimewa  - 2015
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kerja Raya – 1988
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kerja Raya – 1999
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Perbendaharaan Malaysia – 2010

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Sr MASELAWATI BINTI SHAMSUDDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.