Date: Isnin, Januari 11, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr MUSTAFA BIN HAJI MD KASIM, KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 JANUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J29) di JUPEM, Johor pada 20 April 1982. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1991 : Pembantu Teknik (J29), JUPEM Johor
  2. Tahun 1992 - 1994 : Juruukur (J41), CAMS Kuala Lumpur
  3. Tahun 1994 - 2000 : Juruukur Tanah (J41), Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, JKR
  4. Tahun 2000 - 2002 : Juruukur Daerah, Pejabat Ukur Daerah Johor Barat
  5. Tahun 2003 - 2009 : Ketua Program, Institut Tanah & Ukur Negara
  6. Tahun 2010 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah, Data Geospatial Negara, JUPEM Kuala Lumpur
  7. Tahun 2017 - 2019 : Pengarah Ukur Negeri, Negeri Kelantan
  8. Tahun 2020 - 2021 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT)

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Berdaftar sebagai Ahli Jawatankuasa Royal Institute Surveyors of Malaysia (RISM)

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Ukur Tanah dan Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan.

d) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Royal Institute of Surveyor Malaysia East Coast
  2. 2.Keahlian Perpaduan Masyarakat (KRT), Kementerian Perpaduan
  3. 3.Sukarelawan Klinik Kesihatan (KOSPEN), Kementerian Kesihatan
  4. Ahli Jawatankuasa RISM Induk
  5. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Kelantan

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. 1.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 1986
  2. 2.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009
  3. 3.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011
  4. Fellow Kehormat Royal Institute of Surveyor Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. Sr MUSTAFA BIN HAJI MD KASIM dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.