Date: Selasa, Julai 31, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Sr. NORSHAM BINTI MOHAMAD, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Ogos 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 26 Ogos 1983 dan ditempatkan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1983 – 1988                     : Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR Malaysia
2. Tahun 1988 – 1996                     : Juruukur Bahan di Cawangan Kerja Keselamatan, IP JKR Malaysia
3. Tahun 1996 – 1999                    : Juruukur Bahan Kanan di Kementerian Kewangan
4. Tahun 1999 – 2004                     : Juruukur Bahan Kanan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
5. Tahun 2004 – 2006                     : Juruukur Bahan Kanan di Kementerian Kerja Raya
6. Tahun 2006 - 2011                  : Juruukur Bahan Penguasa di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia
7. Tahun 2011 – 2013                    : Juruukur Bahan Penguasa di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia
8. Tahun 2013 – 2015                    : Juruukur Bahan Penguasa Kanan di Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, IP JKR Malaysia
9. Tahun 2015 – 2018                    : Juruukur Bahan Penguasa Kanan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1.    Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N)

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Malaysian Institute of Surveyors 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.