Date: Khamis, Julai 29, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Sr ZAIHA BINTI ARIFFIN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS, PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC), PENGERANG JOHOR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 29 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya pada 17 September 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984 - 1985: Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR
  2. Tahun 1985 - 1988: Juruukur Bahan, JKR Negeri Melaka
  3. Tahun 1988 - 1993: Juruukur Bahan, Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Melaka, Jabatan Perdana Menteri
  4. Tahun 1993 - 1998: Juruukur Bahan, JKR KEJORA Negeri Johor
  5. Tahun 1998 - 2003: Juruukur Bahan, JKR Negeri Johor
  6. Tahun 2003 - 2008: Juruukur Bahan Kanan, Pasukan Projek Khas, Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) Johor Bahru, Negeri Johor
  7. Tahun 2008 - 2011: Juruukur Bahan Penguasa, Pasukan Pengurusan Fasiliti CIQ Johor
  8. Tahun 2011 - 2015: Juruukur Bahan Penguasa, JKR Negeri Johor
  9. Tahun 2015 - 2016: Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IPJKR
  10. Tahun 2016 – 2017: Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Kompetensi Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan- CREaTE, Negeri Melaka
  11. Tahun 2017 – 2021: Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas. Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) Pengerang, Negeri Johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar Consultant Quantity Surveyor (MF 00820), Board of Quantity Surveyors Malaysia.(BQSM)
  2. Royal Institution of Surveyors Malaysia (M4415), (RISM)

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Kompetesi Pengurusan Pentadbiran Kontrak ( Tahap 4 )

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Panel Penilai Program Persijilan Kompetensi Teknikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia, 2020
  2. Panel Pakar Penilai Projek Penyelidikan JKR Malaysia, 2015
  3. Panel Penilai Anugerah Kualiti JKR Malaysia 2011

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II), 2013
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2012
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2007
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 1996

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Sr ZAIHA BINTI ARIFFIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"