Date: Jumaat, April 13, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Sr ZAINUL ABIDIN BIN SAAD, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 April 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 25 September 1984 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1984 - 1986             : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

2)Tahun 1986 – 1990             : Juruukur Bahan, JKR Negeri Perak

3) Tahun 1990 – 2005            : Juruukur Bahan, JPS Negeri Perak

4) Tahun 2005                         : Juruukur Bahan, Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur

5) Tahun 2005 - 2007             : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

6) Tahun 2007 – 2010            : Juruukur Bahan Penguasa, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

7) Tahun 2010 – 2013            : Juruukur Bahan Penguasa, Institut Kanser Negara (IKN)

8) Tahun 2013 – 2014            : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Jalan, IP JKR

9) Tahun 2014 – 2018            : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah Kerajaan Negeri

1) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) Negeri Perak

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995

2) Best Project Award (CIDB) Tahun 2015

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1) Institute Surveyor Malaysia

2) Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

3) Certified Project Manager

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.