Date: Khamis, November 30, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Sr ZULKFLE BIN OTHMAN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 30 Disember 1983 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, IP JKR Malaysia. Selama 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau ditempatkan di beberapa penempatan antaranya Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Jabatan Perumahan Negara, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR WP Kuala Lumpur dan JKR Pulau Pinang.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Tahun 2003. Beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan profesional daripada Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Antara sumbangan beliau adalah;

  1. Ahli Jawatankuasa Special Route Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
  2. Ahli Jawatankuasa Perundingan Harga peringkat KPDNKK
  3. Ahli Jawatankuasa Perundingan Harga bagi Projek Parcel F

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.