Date: Khamis, September 14, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. HJ. HAJI ABDUL RAHMAN BIN IDRIS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 September 2017. Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 15 November 1984 dan ditempatkan di JKR Daerah Bera, Pahang. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Daerah Kota Tinggi, JKR Daerah Batu Pahat, Cawangan Kerja Kesihatan IP JKR KL, Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga IP JKR KL, Cawangan Pengurusan Korporat IP JKR KL, JKR Negeri Melaka, JKR Daerah Kuala Pilah, Cawangan Jalan IP JKR KL sebelum ditukarkan ke Cawangan Kerja Pendidikan IP JKR KL sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan.

Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2000 dan 2004.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.