Date: Selasa, Oktober 10, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. Ir. HJ. ABD. HALIM BIN IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PANGKALAN UDARA, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 Oktober 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 15 September 1983. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Unit Jambatan (Ibu Pejabat JKR), Bahagian Jalan (JKR Negeri Sembilan), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (Ibu Pejabat JKR) dan Bahagian Pangkalan Udara (Ibu Pejabat JKR).

Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1994 dan 2011.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.