Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. SYED MHD HANAFIAH BIN SYED IBRAHIM, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 05 September 2017.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 10 Mei 1985 dan ditempatkan di Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan, Cawangan Kerja Bangunan Am, Kementerian Pertahanan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Penerangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Elektrik Penguasa Kanan dan ditempatkan di JKR Negeri Sembilan sehingga sekarang.
Sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2004.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1098 bacaan