Date: Selasa, Ogos 6, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDUL AZIZ, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 07 Ogos 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan (Projek Jalan Pelabuhan Kelang) pada 19 September 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1986 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan (Projek Jalan Pelabuhan Kelang)
  2. Tahun 1990 - 2002 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan (Projek Jambatan  Kota Kelang)
  3. Tahun 2002 - 2007 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2007 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR (Unit Projek Zon Tengah)
  5. Tahun 2007 - 2019 : Ketua Penolong Pengarah Kanan/ Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR (Unit Projek Khas Zon Tengah)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1993, 2004 dan 2014 serta berdaftar sebagai ahli Road Engineering Association of Malaysia (REAM). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Khas Pampasan bagi Projek Mass Rapid Transit (MRT), Wakil Utama KPKR dalam Lembaga Perolehan A KETTHA, Ketua Program Kompetensi Cawangan Jalan selain sering menjadi penceramah di CREaTE.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDUL AZIZ dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.