Date: Jumaat, Julai 30, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. TUAN HAJI NOOR AZMAN BIN RAMLEE, PENGARAH CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 OGOS 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam pada 01 Julai 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1982: Pembantu Teknik Awam
  2. Tahun 1984: Jurutera Awam
  3. Tahun 1990: Jurutera Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  4. Tahun 1993: Jurutera Awam (J3), Cawangan Jalan, IPJKR
  5. Tahun 2005: Jurutera Awam Kanan (J48), Kementerian Kewangan (Kader)
  6. Tahun 2007: Jurutera Awam Penguasa (J52-M), JKR Hulu Langat, Selangor
  7. Tahun 2012: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54-M), Cawangan Pengurusan Korporat
  8. Tahun 2014: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Latihan dan Inovasi
  9. Tahun 2015: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
  10. Tahun 2016: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (Unit Pasukan Khas PKGJB)
  11. Tahun 2019: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  12. Tahun 2019-2021: Pengarah (JUSA C -M), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Ahli BEM Malaysia

b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Panel, Kemahiran Malaysia, KKR

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penghulu Keselamatan Maju Tower
  2. Penghulu Keselamatan Sunway Tower
  3. Pemeriksa Kira-kira Surau Ar Raudah

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Persekutuan (A.M.N) Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi tahun 2010
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. TUAN HAJI NOOR AZMAN BIN RAMLEE dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"