Date: Rabu, September 19, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN MOHAMED KHIROL AMIN BIN ABDUL RASHID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENYELARASAN DAN KHIDMAT SOKONGAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Oktober 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 17 Oktober 1984 dan ditempatkan di JKR Negeri Melaka. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

Oktober 1984 – Jun 1993

:

Jurutera Awam,  JKR Negeri Melaka.

2.

Jun 1993 – Januari 2004

:

Jurutera Awam, Jabatan Perhutanan Kuantan, Pahang.

3.

Februari 2004 – Januari 2005

:

Jurutera Awam Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

4.

Februari 2005 – November 2008

:

Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

5.

November 2008 – Januari 2012

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

6.

Februari 2012 – Mei 2015

:

Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Kewangan.

7.

Mei 2015 – Januari 2016

:

Jurutera Awam Penguasa, JKR Negeri Melaka.

8.

Februari 2016 – November 2016

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

9.

November 2016 – Oktober 2018  

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Tahun 1993
2. Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.), Tahun 2003
3. Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.), Tahun 2014

b) Anugerah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),Tahun 2009

c) Sumbangan / Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. Badminton – mewakili Ibu Pejabat JKR pada Sukan Tahunan JKR 2017

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. TUAN MOHAMED KHIROL AMIN BIN ABDUL RASHID sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.