Date: Rabu, September 19, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TUAN ROSMAN BIN KAMARUDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Oktober 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pembantu Teknik pada 16 April 1982 dan ditempatkan di Cawangan Tentera, JKR Kem Sungai Udang, Melaka. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

1982 – 1987

:

Pembantu Teknik,  Cawangan Tentera, JKR Kem Sungai Udang, Melaka.

2.

1987 – 1990

:

Pembantu Teknik, JKR Daerah Tampin, Negeri Sembilan.

3.

1990 – 2000

:

Jurutera Awam, Jabatan Bekalan Air, Negeri Sembilan.

4.

2000 – 2004

:

Jurutera Daerah, JKR Daerah Rembau, Negeri Sembilan.

5.

2004 – 2009

:

Jurutera Awam Kanan, JKR Negeri Sembilan.

6.

2009 – 2014

:

Jurutera Awam Penguasa, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

7.

2014

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

8.

2014 – 2017

:

Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

9.

2017 – 2018  

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S), Tahun 2003

b) Anugerah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,Tahun 2011

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam khususnya di JKR. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. TUAN ROSMAN BIN KAMARUDIN sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.