Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. ZAKARIAH BIN MAHAT yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 Februari 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah Gred J3 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor pada 12 Disember 1988. Beliau juga telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1988 – 2004: Penolong Pengarah Gred J3, Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya Negeri Negeri Johor;
- Tahun 2004 – 2007: Jurutera Daerah/Jajahan Gred J41, JKR Daerah Tanah Merah, Kelantan;
- Tahun 2007 – 2009: Penolong Pengarah Kanan Gred J48, Bahagian Bangunan, JKR Negeri Kelantan;
- Tahun 2009 – 2017: Penolong Pengarah Kanan Gred J48, Cawangan Pengkalan Udara Maritim, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Penempatan di Pasukan Projek APMM dan TUDM Kuantan);
- Tahun 2017: Penolong Pengarah Kanan Gred J48, Unit Korporat, JKR Negeri Johor;
- Tahun 2017 – 2018: Jurutera Awam Kanan Gred J48, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Negeri Johor;
- Tahun 2018 – 2023 : Jurutera Awam Penguasa Jalan Gred J52, Bahagian Jalan, JKR Negeri Johor; dan
- Tahun 2023 – 2025: Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J14, Pasukan Projek Persekutuan, JKR Negeri Johor.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
- Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Knowledge Manager Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR
- Ahli Jawatankuasa Perubahan Kerja dan EOT Negeri Johor - 2018 hingga 2022
- Panel Penilai Pengurusan JKR Daerah terbaik - 2011 hingga 2013
- Ahli Jawatankuasa Penilai Perunding (JPP) Kejuruteraan Awam - 2018 - 2022
- Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Pengerusi Biro Kelab Sukan Kebajikan Sosial JKR Johor
- Pengerusi Majlis Pembukaan & Penutup Sukan SURYA JKR Malaysia di Johor
- Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2012
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. ZAKARIAH BIN MAHAT dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 973 bacaan