Date: Selasa, Februari 2, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Hj. Ab. Manan Bin Embong,Pengarah Cawangan Jalan (CJ) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada  31 Jan 2016.  Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 21 Disember 1980, di JKR Kelantan.
 
Sepanjang berkhidmat selama hampir 36 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Unit KESEDAR,JKR Hulu Terengganu, Jabatan Bekalan Air, Kuala Terengganu/Marang,JKR Johor, JKR Perlis, JKR Perak Tengah (Jurutera Daerah) dan JKR Terengganu.
 
Di atas kecekapan beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa sijil kekompetenan. Antaranya :
 
1)PROJECT MANAGER CERTIFICATION LEVEL (MASTER PROJECT DIRECTOR)
2)LEAD AUDITOR ISO 9001 (QUALITY) / ISO 14001 (EMS) / 18001 (OSHAS)
3)CERTIFIED PROFESSIONAL IN EROSION AND SEDIMENT CONTROL (CPESC-USA)
4)COMPETENT SAFETY & HEALTH OFFICER (OSHA 1994) 
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
 
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.