Date: Isnin, Januari 9, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Mohd Zohadi bin Mohd Ramli, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 10 Jan 2017.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 15 Oktober 1981 ,di Cawangan Kerja Tentera, TUDM Kuantan, Pahang. Sepanjang berkhidmat selama 36 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Unit Projek Turnkey, Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Projek Khas, Cawangan Bangunan,JKR Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia dan Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.