Date: Selasa, Januari 19, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Tn.Hj.Anuar B Kassim,KPPK,Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 Jan 2016.  Beliau telah mula berkhidmat sebagai jurutera awam pada 14 Feb 1980, di Cawangan Tentera.
 
Sepanjang berkhidmat selama hampir 36 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Kementerian Pengangkutan (Kader), JKR Hulu Selangor (Jurutera Daerah), Jabatan Keretapi(Pengarah Teknikal, KP) dan terkini di Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM).
 
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya.Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
 
Selamat maju jaya dalam apa jua  bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.