Date: Isnin, April 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YH. DATO’ INDERA IR. HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI MOHAMED, PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 16 Ogos 1982. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1983         : Jurutera Bekalan Air, Jabatan Bekalan Air Selangor

2) Tahun 1983 – 1991        : Jurutera Bekalan Air, Jabatan Kerja Raya Kelantan 

3) Tahun 1991 – 1996        : Jurutera Daerah JKR Bentong, Pahang

4) Tahun 1996 – 1997        : Jurutera Awam, Unit Kerja Pendidikan

5) Tahun 1997 – 1998        : Jurutera Awam Kanan, Unit Kerja Pendidikan (Projek Khas 2)

6) Tahun 1998 – 2001        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR

7) Tahun 2001 – 2005       : Pengurus Projek, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR

8) Tahun 2005 – 2006        : Jurutera Daerah JKR Johor Bahru, Johor

9) Tahun 2006 – 2011        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR

10) Tahun 2011 – 2014      : Timbalan Pengarah JKR Negeri Pahang

11) Tahun 2014 – 2019      : Pengarah JKR Negeri Pahang

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Darjah SIMP Seri Indera Mahkota Pahang tahun  2019

2. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) tahun 2013

3. Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) tahun 2014

4. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1999 dan Tahun 2013

5. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 –Pengurus Projek Bertauliah

6.Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik JKR Malaysia 2011 (Kategori Projek Secara Reka & Bina)

7. Sijil Penghargaan sebagai Ahli Lembaga Perolehan A & B Kementerian Sumber Manusia

8. Sijil Penghargaan bagi perancangan dan pelaksanaan RMK9(2006-2010) dari Kementerian Pengajian Tinggi.

9. Sijil Penghargaan sebagai Penceramah dan Fasilitator Best Practice of Project Management 2010 & 2011

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia (No. Pendaftaran : 6474)
2. Ahli Institut Jurutera Malaysia(No. Ahli :7387)

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Penceramah dan Fasilitator bagi kursus Best Practice of Project Management untuk tahun 2010, 2011 dan 2012.
2. Ahli Kumpulan Penyediaan JKR Strategic Framework 2012-2015
3. Pegawai Penilai Tahap Kompetensi Pegawai (PTK) Gred J48/TK4 dan Gred J52/TK5
4. Ahli Jawatan kuasa Lembaga Perolehan Kementerian Tenaga,Teknoloji Hijau & Air 2007 – 2010.
5. Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Kementerian Sumber Manusia 2010-2011

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Yang DiPertua Majlis Sukan dan Kebajikan JKR Pahang
2. YDP Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat JKR Pahang danTimbalan Yang Di Pertua Majlis Sukan JKR Pahang (2011-2014)
3. Timbalan Pengerusi  Institut Jurutera Malaysia Cawangan Pahang(2012-2014)
4. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JKR Bentong (Jul 2001-Okt1996)
5. Pengerusi Majlis Jawatankuasa Jurutera Jurutera Daerah JKR Malaysia 2005-2006
6. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JKR Johor Bahru 2005-2006
7. Naib Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JKR Johor 2005-2006
8. Ahli seumur hidup Persatuan Profesional JKR Malaysia
9. Ahli Kelab Golf Peransang Templer Selangor
10. Ahli Kelab Golf Bentong

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YH. DATO’ INDERA IR. HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI MOHAMED dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.