Dukacita dimaklumkan bahawa saudara kita Ir. Hj. Nor Azmi bin Mohd Jamal, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, JKR Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah malam semalam, 11 Oktober 2022 di Hospital Serdang. Jenazah arwah akan dibawa ke Taman Keris Emas, Sg Udang dan akan dikebumikan selepas zohor 12 Oktober 2022.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham dan ditempat dikalangan orang-orang beriman.
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".
Al- Fatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham.
Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.
- 2114 bacaan