Date: Sabtu, November 16, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa Ir. Samsulnizam bin Zulkapli, Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.40 pagi hari ini, 16 November 2024 (Sabtu). Jenazah akan dibawa ke Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Perak untuk urusan jenazah dan kemudian akan dibawa pulang ke Masjid Sultan Yusuf, Jeliang, Perak. Urusan pengebumian akan dilaksanakan selepas solat Zohor. 

Sesungguhnya Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JKR Malaysia amat berdukacita di atas pemergian ini.  Semoga Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin dan hambaNya yang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
 

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


Semoga Allah S.W.T. mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.