Date: Jumaat, Februari 16, 2024

Dukacita dimaklumkan Ir. Yusuf Bin Abd Ghani, Mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah kembali kerahmatullah pada jam 3.00 pagi, 16 Februari 2024 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Jenazah telah berada di kediamannya di Kampung Seberang Tuan Chik, Bukit Tunggal dan akan disolatkan di Surau Hj. Abu Bakar, Seberang Tuan Chik pada jam 10.30 pagi hari ini seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

 

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

 

Al-Fatihah

 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.