Date: Rabu, Januari 4, 2023

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Izwandy bin Redzuan telah kembali ke Rahmatullah pada 03 Januari 2023 (Selasa). Dimaklumkan juga, jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini, 04 Januari 2023 (Rabu) di Tanah Perkuburan Sg. Gelugor Pulau Pinang.

 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

 

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".

 

Al- Fatihah

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham

 

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.