Date: Isnin, September 21, 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Abd. Halim bin Ibrahim, Mantan Penolong Jurutera Mekanikal Kanan (JA36) di Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR yang telah bersara, telah kembali ke Rahmatullah jam 2.35 pagi, 21 September 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 


"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"