Date: Ahad, Julai 17, 2022

[BELASUNGKAWA]

Dukacita dimaklumkan bahawa ALLAHYARHAM AMIRUDIN BIN MOHAMAD ALI, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, JKR Pulau Pinang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi, 16 Julai 2022 di Hospital Pantai, Sungai Petani, Kedah. Dimaklumkan juga, jenazah telah dibawa pulang ke kediaman di Taman Melur, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah dan akan dikebumikan selepas waktu Zohor keesokan harinya, 17 Julai 2022.

Semoga Allah SWT mengampuni roh Allahyarham dengan limpahan RahmatNya serta dihimpunkan bersama para syuhada dan orang-orang yang soleh.

Aamiin ya Rabbal Alamin..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengangkat segala khidmat bakti Allahyarham di sepanjang hayatnya sebagai amal dan ibadah serta memberikan ketabahan kepada keluarga beliau yang sentiasa menyayanginya dengan penuh ikhlas. Salam takziah untuk seisi keluarga Allahyarham dari seluruh warga JKR Malaysia.