Date: Khamis, November 5, 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Mantan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman telah meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur jam 4.54 petang hari ini, 5 November 2020.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"