Date: Selasa, Julai 2, 2019

Bismillahirrahmanirrahim,

Y.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/ Puan,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."
 

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Khairul Anuar Bin Ariffin, Penolong Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor telah kembali ke Rahmatullah pada Isnin, 24hb. Jun 2019 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan menghadiri mesyuarat.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"



Berita diterima dari JKR Johor pada 2 julai 2019