Date: Jumaat, Januari 4, 2019

Bismillahirrahmanirrahim,

Y.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/ Puan,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"
 

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Mohamad Roslan Bin Othman, Penolong Jurutera Elektrik, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis 3hb Januari 2019 kerana terlibat di dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya MEX.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"