Date: Jumaat, March 30, 2018

30 MAC 2018 (JUMAAT)

Bismillahirrahmanirrahim,

Y.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/ Puan,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"
 

Dimaklumkan bahawa pegawai dari Cawangan Jalan, Ir. Abd Rahman Bin Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.41 malam, Khamis (29 Mac 2018) di Hospital Putrajaya.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Putrajaya pada pukul 9.00pagi (Jumaat – 30 Mac 2018) di Lot 9712, Kampung Pulau Meranti, Jalan Pulau Meranti, Puchong.

Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat di Tanah Perkuburan Batu 14, Puchong iaitu berhampiran Masjid Bt.14, Puchong Perdana.

NAMA PEGAWAI  : ABD RAHMAN BIN SALLEH, Ir.
JAWATAN              : Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54
CAWANGAN          : CAWANGAN JALAN – BAHAGIAN REKABENTUK JAMBATAN
MULA BERTUGAS: 2 JUN 1988
 

Seluruh Warga JKR Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"